" بسم الله الرحمن الرحيم "

Saturday, 28 November 2015

Tip Hormati Ibu Bapa

        Beberapa tip untuk di renungi oleh setiap orang yang bernama anak :

1.       Bersopan di hadapan mereka, jangan melakukan perkara sumbang dan bercakap kotor atau ketawa berdekah-dekah.

2.       Sentiasa bertutur dengan nada yang lembut dan bermuka manis.

3.       Minta izin sekiranya ingin keluar rumah atau hendak melakukan sesuatu.

4.       Sentiasa bercakap benar dan berani mengaku kesalahan jika ada.

5.       Memohon maaf sekiranya tersilap kata atau menyebabkan mereka kecil hati.

6.       Menghormati rakan ibu-bapa.

7.       Bersabar sekiranya dimarahi mereka, bukan melawan.

8.       Membantu mereka melakukan kerja rumah.

9.       Mendengar nasihat dan menerima pendapat dari mereka.

10.   Ucap salam apabila bertemu.

11.   Menyediakan makan dan minum kegemaran mereka.

12.   Menjaga mereka ketika sakit.

13.   Rela berkorban untuk mereka.

14.   Menutup atau merahsiakan kelemahan mereka.

No comments:

Post a Comment